Wednesday, December 31, 2008

"Persiapan Menuju ke Alam Itu"

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"

Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia."

"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu
akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"
"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar.... sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Tuesday, December 23, 2008

Tahun Baru

beberpa hari lagi tahun baru akan tiba dan kenangan tahun 2008 akan kekal dalam ingatan.

Banyak yang perlu dilaksanakan tahun 2009 ini.

Cabaran yang terbesar, adalah pertukaran status menjadi "abah" (InsyaALLAH) pada pertengahan Mac ini.

Kita berdoa agar tahun 2009 akan memberi kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Sunday, November 23, 2008

menuju disember

sy sekarang dikampung..ada saudara terdekat kenduri kahwin..
menuju disember ni, ada beberapa lagi majlis kenduri kahwin, baik uitm staff dan juga orang kampung..tau2 lah, cuti sekolah ni, ramai ambi kesempatan buat kenduri.

apapun, bertambah ramai lah kawan2 yang 'join' club..hadapi alam perkahwinan dan alam keluarga

Tuesday, November 4, 2008

Doa

Ya Allah ya Tuhan ku,
Kami menghulurkan kedua tangankami yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu,
Kami terasa terlalu lemah diri ini
tanpa pertolonganMu ya Allah.

Kami memohon kepadamu Ya Allah
Teguhkanlah iman kami dan kuatkanlah hati-hati kami,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu
dan lindunganMu kepada anak-anak kami

Jauhilah anak-anak kami dari segala laranganMu,
Dekatkanlah anak-anak kami dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihati anak-anak kami kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihati anak-anak kami kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Engkau jadikanlah anak-anak kami dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.


P/S = Semoga pelajar2 saya akan dipermudahkan menjawab peperiksaan akhir BIO120/BIO250

Wednesday, October 29, 2008

Hak Yang Harus Dilaksanakan.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu:Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR Iaitu :Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu :Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu :Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu :Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu :Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu :Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu :Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Friday, October 17, 2008

Raya

ucapan terima kasih kepada kawan2 yg sempat datang ke majlis rumah terbuka sy baru2 ni..
yg sempat datang..kaffali, azhar, jumardi, usman, yati...dan ramaaai lagi kenalan dari UiTM, rakan2 saya, rakan2 isteri saya serta keluarga saya dan keluarga sebelah isteri

semoga ikatan kekeluargaan dan persahabatan ini akan kekal selama2nya

yang kurang terlayan tu..maafkan la yee..

Thursday, October 9, 2008

Hari Raya

Salam Lebaran untuk kengkawan semua

Semakin berusia kita, semakin hilang seri hari raya..kenapa ya?

Dijemput kawan2 untuk hadir ke majlis rumah terbuka saya pada
12 Oktober 2008 ini
10-1 petang
no.7, SB38, Lorong 1/1A, Bandar Sierra....

takda angpow, kuih2 jer :)

Tuesday, September 23, 2008

Lagu Download Pilihan

http://www.ziddu.com/download/2200381/SitiNurhaliza-MenghitungHariHapuslahAirMatamu.mp3.html

Program Pka

baru-baru ini, PKA ada buat program pemantapan akademik. penceramahnya diterbangkan khas dari Kuala Lumpur, iaitu En. Osman Affan.


bolehlah lihat gambar2 berkenaan di
http://www.motivasibelajar.com/

Monday, September 22, 2008

Belajar Memaafkan Diri Sendiri

mungkin banyak perkara yang kita belum buat atau tidak upaya buat. memang hambata masa memaksa untuk kita engkar terhadap 'target' kita.

tidak lama lagi, semua orang (termasuk saya) akan balik ke kampung untuk menyambut hari raya..

tersemat untuk memohon maaf daripada kedua-dua ibu bapa, memohon restu.

tersemat didalam hati juga untuk mengakui ada perkara yang belum dicapai. kengkadang, rasa bersalah. tetapi, sy perlu belajar untuk mengakui kebolehan diri, seterusnya memaafkan diri sendiri

Salam Aidilfitri dari Saya

Teratak

semalam sy tengok promo rancangan raya di TV3. dan ada tertengok promo rancangan Teratak Siti Nurhaliza sewaktu hari raya nanti.....ketawa terbahak2 didalam hati..sebab perkataan "teratak' tu sinonim dengan blog kawan karib yang bernama kaffali.....teratak kaffali...sekali lagi sy tersenyum di dalam hati..

Wednesday, September 17, 2008

pertama sebagai blogger

hari ni hari pertama (secara rasminya lah) sebagai blogger..(ngam kah istilah tu)..hehe

esok ndak tau apa pula..yes, memang best, tapi banyak benda yang kena belajar..nasib baik la td, sifu kaf yang tunung2 ajarkan buat gadjet...

petang tadi, di bazar IP, tejumpa kaf & gengs...haha..

baru mau buat blog

susah juga buat blog ni ya..mana lagi connection lambat..tambah gadget pun susah..hehe..dari pagi lagi ni mengodek2 pc..jadi juga lah blog aku ni..

seperti menuruni bukit

ibadah puasa kita sudah sampai ke pertengahan jalan. ibarat menaiki basikal yang sedang menuruni bukit, pergerakanya siuk...laju.....

mesti lebih syok dari mendaki bukit kan..

begitulah dengan ibadah puasa kita sekarang... sudah hampir ke penghujungnya

p/s ; jangan jatuh tersadung, sudahla

Friday, April 25, 2008

On-Going-Marks

Budak2 boleh tengok markah