Sunday, November 23, 2008

menuju disember

sy sekarang dikampung..ada saudara terdekat kenduri kahwin..
menuju disember ni, ada beberapa lagi majlis kenduri kahwin, baik uitm staff dan juga orang kampung..tau2 lah, cuti sekolah ni, ramai ambi kesempatan buat kenduri.

apapun, bertambah ramai lah kawan2 yang 'join' club..hadapi alam perkahwinan dan alam keluarga

Tuesday, November 4, 2008

Doa

Ya Allah ya Tuhan ku,
Kami menghulurkan kedua tangankami yang hina ini,
memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu,
Kami terasa terlalu lemah diri ini
tanpa pertolonganMu ya Allah.

Kami memohon kepadamu Ya Allah
Teguhkanlah iman kami dan kuatkanlah hati-hati kami,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu
dan lindunganMu kepada anak-anak kami

Jauhilah anak-anak kami dari segala laranganMu,
Dekatkanlah anak-anak kami dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihati anak-anak kami kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihati anak-anak kami kepada ibadat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami
Engkau jadikanlah anak-anak kami dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.


P/S = Semoga pelajar2 saya akan dipermudahkan menjawab peperiksaan akhir BIO120/BIO250