Wednesday, October 29, 2008

Hak Yang Harus Dilaksanakan.

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

1: HAK KEPADA DIRI. Iaitu:Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu:Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3 : HAK KEPADA KUBUR Iaitu :Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu :Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5 : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu :Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

6: HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu :Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7: HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu :Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibubapa, dan memperelok akhlak.

8: HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu :Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9: HAK KEPADA NABI SAW Iaitu :Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10: HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu :Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Friday, October 17, 2008

Raya

ucapan terima kasih kepada kawan2 yg sempat datang ke majlis rumah terbuka sy baru2 ni..
yg sempat datang..kaffali, azhar, jumardi, usman, yati...dan ramaaai lagi kenalan dari UiTM, rakan2 saya, rakan2 isteri saya serta keluarga saya dan keluarga sebelah isteri

semoga ikatan kekeluargaan dan persahabatan ini akan kekal selama2nya

yang kurang terlayan tu..maafkan la yee..

Thursday, October 9, 2008

Hari Raya

Salam Lebaran untuk kengkawan semua

Semakin berusia kita, semakin hilang seri hari raya..kenapa ya?

Dijemput kawan2 untuk hadir ke majlis rumah terbuka saya pada
12 Oktober 2008 ini
10-1 petang
no.7, SB38, Lorong 1/1A, Bandar Sierra....

takda angpow, kuih2 jer :)